'Dikir Barat Bertukar Dangdut Gelek Di Negeri Serambi Mekah' - Bapa Pengantin Tidak Tahu ! Huk Alohhhh Kelantan Lagi

'Dikir Barat Bertukar Dangdut Gelek Di Negeri Serambi Mekah' - Bapa Pengantin Tidak Tahu ! Huk Alohhhh Kelantan Lagi



“Anak menjemput penyanyi dikir yang juga kenalannya, namun kami tidak pula menyangka akan dipersembahkan dengan dikir gelek.

"Sebelum majlis diadakan, pengurus kumpulan dikir itu ada memberitahu mahu membuat persembahan yang saya fikir biasa sahaja," kata Mohamad, 58, (bukan nama sebenar).

Dia mengulas mengenai majlis menyambut menantu di rumahnya di Kampung Padang Tembusu, Tumpat malam semalam yang menjadi tular di laman sosial selepas dua penyanyi wanita berpakaian ketat bergelek mengikut irama dangdut membuat persembahan.

Difahamkan persembahan itu bermula jam 9 malam hingga 12 tengah malam disertai tujuh penghibur termasuk empat lelaki dan tiga wanita terbabit yang menyampaikan lagu dikir serta dangdut.

Mohamad berkata, sudah menjadi kebiasaan penduduk di kampung itu mengadakan kenduri kahwin dan sambut menantu dengan tetamu dihiburkan dengan persembahan kesenian.