Didikan Awal Kanak-kanak

Didikan Awal Kanak-kanak

Assalamualaikum.

ini cuma pengakuan dari aku. berdasarkan pengalaman sendiri.

isunya tentang didikan anak sedari kecil. hasilnya sama ada anak tu akan berperangai sopan dan beradab atau pun anak tu membesar dengan tak beradab. terutamanya dengan orang yang lebih tua.

aku seorang isteri tapi masih belum bergelar ibu. Walaubagaimanapun, aku mempunyai seorang anak tiri. hasil perkahwinan suami yang terdahulu. Tahun ni, masuk tahun ke5 kami berkahwin, anak tiri aku ni semakin membesar. Walaupun dia tinggal dengan mak dia, tetapi dia rapat dengan suami aku. So aku pun boleh kata mempunyai hubungan yang agak baik dengan anak tiri aku ni.

Semakin dia membesar, walaupun kami jarang bertemu, tapi aku boleh nampak macam mana cara didikan mak dia dan didikan suami aku. Maksudnya didikan yang agak lembut dan menurut kata anak. Bila dia bersama mak dia, aku kurang pasti, Tapi bila dia dengan aku dan suami, aku boleh nampak yang suami aku terlalu manjakan dia, terlalu menurut kata dan sebagainya. Contohnya:
1. suami tak pernah marah anak walaupun dia buat salah.
2, suami tak pernah suruh anak buat kerja rumah.
3. suami tak pernah tegur bila anak sepahkan rumah.
Aku selalu rasa mak dia guna pendekatan lembut atau mungkin tak penah suruh nak berdikari, Contohnya, dan masuk darjah 1 tapi anak still nak suruh ayah dia butangkan baju. Bila aku cakap..eh takkan tak pandai lagi butang baju sendiri? lepas tu elok elok je dia belajar butangkan baju sendiri. Tu salah satu contohnya.

Sekarang ni anak dah besar dan tahun ni tinggal dengan kami. Walaupun tahun ni dia ada peperiksaan penting, tapi anak seorang yang malas belajar. 24 jam dengan bermain dan hf. Kalau hf rosak, beli lain. Hf hilang, beli lain. Macam mati agaknya anak tu kalau tak guna hf. Dan sebagai seorang ayah yang manjakan anak, suami aku just follow rentak anak dia. Contohnya:
1. Malas pergi kelas tambahan. Biarkan.
2. Malas siapkan kerja sekolah. Biarkan.
3. Ponteng sekolah untuk bercuti dengan sepupu. Biarkan.
4. Ponteng sekolah bila hari kokurikulum. Biarkan.
Semuanya suami aku ikut. Paling paling pun, dia cuma tegur dengan nada lembut yang sah sah anaknya takkan dengar.

Kemudian, melibatkan perangai di rumah. Contohnya:
1. Lepas mandi campak tuala basah atas katil, atas iron board. Padahal tempat gantung tuala, memang ada.
2. Baju kotor campak atas lantai sedangkan bakul baku kotor yang paling besar aku letakkan dalam bilik dia, sebab bakul share dengan suami.
3. Kadang2 seluar yang ada kesan pasir dia main campak je dalam mesin basuh tanpa buang pasir terlebih dahulu dari poket. Habis 1 mesin penuh dengan pasir. bercampur dengan pakaian lain.
4. Lepas makan, kena ingatkan supaya tutup baki makanan dengan tudung saji. (kucing ramai kat rumah). Pinggan nasi dan gelas sebiji haram tak pernah basuh.
5. kasut sekolah adalah 2,3 minggu sekali baru basuh. (walaupun kasut hitam). Selalunya bapaknya yang basuhkan.
6. Buang tali leher merata. Bila esok nak pergi sekolah, semua lewat sebab nak cari barang hilang.
7. kerja sekolah if hujung minggu atau cuti sekolah, esoknya nak sekolah baru nak siapkan. Kalau malas, memang dia terus tak buat.

Yang tu bab disiplin dia. Memang takde disiplin. Bila aku mengadu, suami just cakap, biarla dia nak lelaki, tak pandai semua tu. Ok. Dah mak bapak buat semua, memangla anaknya naik lemak. Kalau aku membebel anak sepahkan baju kotor, dia yang kutip masuk bakul. Bukannya nak panggil anak tu suruh kemaskan. Anak elok je dok main hf depan tv. Tepuk kepala aku macam ni tau.

Selain tu, dia juga suka sangat menjawab. Suruh solat awal, menjawab. Mintak tolong simpankan kain baju dia yang aku dah siap lipat, menjawab.
mak mentua cakap je apa apa kat dia, semua dia menjawab. Dengan aku lagilah dia menjawab. Mak tiri je kan. Dengan ayah dia jangan cakapla. nak pijak kepala pun tak apa kot. Tu belum aku taknak layan apa yang di nak, macam macam dikatanya kat aku ni.

Aku ni bukan baik pun. Aku garang. aku tegas. Walau takde anak, tapi anak buah aku ramai sangat sangat. Dan kalau ada anak buah aku yang perangai menjawab ni, kalau dengan mulut tak jalan, memang aku tangankan je. Tu cara aku. Walaupun mungkin bagi orang lain cara aku tu tak berapa kena, still aku rasa ada la jugak kesan baiknya sedikit sebanyak. Aku ada kawan. Dia sangatla garang dengan anak dia. Garang untuk mendidik. Suami pulak jenis lembut. Dan walaupun perangai dia macam tu, alhamdulillah rezeki dia semua anak dia jenis dengar kata, baik etc.

Kesimpulannya, aku rasa kebanyak perangai anak tiri aku ni banyak berpunca dari didikan awal mak dia dan suami aku. Almaklumlah anak tunggal. Itulah sorang anak dunia akhirat. So jadi mak ayah ni, biarla seimbang. Ada yang lembut, ada yang tegas. Bukan maksud aku nak kena pukul anak siang malam. Tapi ada caranya didikannya. So banyak banyakla belajar imu parenting ni.

Berbalik pada cerita aku ni. Walaupun sebagai mak tiri aku tak setuju dengan cara didikan suami aku, tapi apakan daya. Dah anak orang. Sekarang ni aku rasa macam nak give up. Sejak 1 kes yang aku rasa anak tiri aku ni bercakap kurang ajar dan tak hormat aku, aku jadi malas. Aku rasa takde guna aku sorang nak disiplinkan anak, nak ajar dia supaya buat mana yang elok tapi takde sokongan dari orang lain(suami dan mak mentua). Memang aku tegas. Tapi aku rasa aku tegas bertempat. Semua yang aku bebel dan larang dan usaha ubah semua benda elok untuk akhlak dia. Supaya dia membesar in sha Allah berakhlak elok. Sekarang ni aku dah give up. semuanya kerana apa yang aku cakap dan suruh buat, dia menjawab. Yang bagi aku sangat kurang ajar perkataannya kepada aku, mak tiri dia ni yang sepatutnya dia hormat.
1. Aku dah malas suruh dia solat awal.
2. Aku dah malas suruh dia jangan sepahkan bilik & almari pakaian dia.
3. Aku dah malas balik kerja tiap petang dan tanya kerja sekolah dia ada ke takde, dah siap ke belum.
Aku dah give up. Biarla ayah dia dan mak dia je ajar dia. Sebab aku taknak marah marah. Aku cuma takut bila dia selalu menjawab, aku pun jadi hilang sabar. Tapi still aku masak untuk makan minum. Still aku sediakan pakaian sekolah dia. Yang lain tu biarlah.

lagipun, mak mentua aku selalu cakap, sebab aku ni takde anak lagi, so tak pandai cara nak sayangkan anak. Kalaulah cara sayang anak dengan biarkan je apa yang dia nak buat dan cakap, takpelah orang cakap aku tak sayang anak pun. Cara didikan mak aku yang berbeza (mak tegas, ayah lembut) rasanya lebih banyak yang didik adik beradik aku untuk jadi orang. Alhamdulillah.

Dan kalau ditakdirkan tuhan ada anak yang membesar dan kurang ajar dengan mak ayah, better takde anaklah kot. Aku redha.

– ageha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

0 Response to "Didikan Awal Kanak-kanak"

Post a Comment