Dosa Pampers

Dosa Pampers

Terima kasih admin kerana siarkan confession ni.

Melalui pemerhatian aku ibu bapa muda sekarang ni suka tak ambil berat tentang najis anak yang dibuang melalui pampers.Tak semua tapi mungkin masih ada yang tak sedar atau tak perasan kerana tingkah laku tak sensitif mereka,atuk nenek opah tok wan yang makan hati.

Situasi 1:
Balik kampung rumah opah tok wan,ibu bapa muda ada yang buang pampers anak dlm tong sampah di dapur.Ini membuatkan org yang sedang masak didapur rasa nak muntah tgk pampers di bulatkan umpama bola di buang dengan selambanya di situ.Tengok pun tak lalu belum baunya lagi.Paling kasihan lepas keluarga muda ni balik semula ke bandar siapa yang angkut sampah tu?Opah atau tok wan jugak.

Situasi 2:
Memandangkan aku bekerja di ofis dan hari hari berjumpa dengan klien ada juga klien yang bawa anak kecil dan atas situasi tertentu anak kecil tu disalin pampersnya di ofis dan dicampak pula pampersnya dalam tong sampah ofis. Selama ni ofis cuma ada sampah kering sekarang oleh sebab sikap “ignorance” klien ni satu ofis rasa tak selesa dgn kewujudan pampers bulat seperti bola anak kamu.

Cukup 2 situasi yang berlaku depan mata aku. Aku harap ibu bapa muda tolong “alert” ,rasa sensitif, dan ambil tahu dengan cara pengurusan najis anak sendiri.

Penyelesaian:

Aku cadangkan supaya beli plastik kecil dan setiap pampers yang dibuang di ikat dalam plastik itu supaya baunya tersimpan dalam tu dan buang dirumah sendiri,jangan di ofis orang.Harga plastik kecil ni murah sgt2 berbanding harga pampers.

Kalau di kampung pula sebelum balik ke bandar, bungkus pampers elok2 dan kamu pergi buang sampah pampers anak kamu sendiri ke tempat pembuangan sampah.Jangan biar mak bapak kita uruskan najis cucu,dah la masa kita kecil diorang dah uruskan kita punya ehem ehem..Ini pampers anak kita diorang jugak nak urus?Jangan…ada hati hati yang berkecil di situ.

Minta maaf jika ada yang terguris dengan pendapat terus terang aku tapi aku harap sangat semua orang jaga kebersihan dan jaga sensitiviti berkaitan pampers anak ni sebab kita hidup berkeluarga dan bermasyarakat.Ada banyak hati yang perlu kita jaga. Melalui perbuatan kita pun mungkin boleh mengundang dosa.

Bagi yang memang menjaga dan dpt menguruskan pampers anak sendiri hingga ke tempat pelupusan sampah aku ucapkan Tahniah.Anda Ibu bapa yg sgt prihatin.

Walaupun kecil tapi jika dibiar perkara kecil lama kelamaan boleh menjadi besar. Sekian.

*Bagi yg ingin komen atas post ini tolong komen yg baik2.Aku tak mahu disebabkan post aku ni ada kawan atau saudara korang terasa ya atau paling teruk bergaduh pula nanti.Ada banyak cara dan adab utk menegur sikap org lain yg tak sehaluan dgn kita tanpa bermasam muka.*

Semoga kita menjadi anak yg lebih baik berbanding semalam.

– -Puan H-

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

0 Response to "Dosa Pampers"

Post a Comment