Assalamualaikum. Ini pengakuan aku yang pertama, juga yg pertama kali aku hantar kat iium. Aku perkenalkan diri aku. Nama aku Rizza. Aku orang utara.
Aku ada seorang mak saudara yg memang orang lain xboleh lebih dari dia. Dia ni kakak pada mak aku. Dia memang dari dulu begini, dari aku kecil2 net lagi.
Dia ada 3 anak. Yg pertama anak dia kahwin tanpa restu dari dia. Jadi dia memang anti gila dengan menantu sulung dia ni. Kononnya menantu dia xda dalam list menantu pilihan yg dia nak. Menantu sulung dia ni xda apa2 jika nak dibandingkan dengan yg lain. Anak sulung dia ni ada anak dah. 3 orang.
Makcik aku ni jenis suka dengki dan panas punggung ngan adik2 dia. Tambah ngan ipar dia. Ipar kepada mak cik aku, bini adik kepada mak aku. Memang cantik baqhang. Putih melepak. Muka xpayah makeup tebal2. Cantik semulajadi. Pakcik aku kahwin ngan dia pun dulu mak cik aku yg kaki dengki ni bukan suka. Sebabnya dia antara yg paling cantiklah dalam keluarga aku masa tu.
Baru2 ni, tok aku meninggal dunia. Berkumpollah kami beramai2 untuk uruskan jenazah tok aku. Selepas dah selesai segala urusan tu. Adalah perbincangan kecil2an. Nak dijadikan cerita, mak cik aku yg kaki dengki ni tanya abg aku “ada ka orang nak kat hang ni, izz? Kerja xda, muka xhensem.” Abg aku senyap. Padahal abg aku paling hensem kot antara cucu2 tok aku yg lain. ( sebab abg aku palung bgaya antara yg lain )
Lepas dari tu. Ada lagi. Keesokkan harinya. Kami bersarapan, aku bangun untuk solat subuh. Tetiba suami mak cik aku ni, panggil semua yg kaki hisap rokok. Konon2 nak nasihat ala2 ustaz lah. Walau anak dia yg sulung tadi ni kaki rokok tegar sejak umur 18 tahun. Sepupu2 aku semua buat muka menyampah. Diaorang mengata belakang. ” nasihat orang pandai, anak sendiri terkontang-kanting pejam mata.”
Dah lepas beberapa bulan dari tu, sepupu aku kahwin. Semua sepupu sepapat saudara mara turunlah untuk majlis tu. Mak cik aku yg kepohci ni pon adalah kan. Dia kutuk pelamin sepupu aku tu depan2. Dia kata ” alaa amir punya pelamin lagi cantik dari ni, lagi besar dari ni.” Tapi dia juga terhegeh2 tangkap gambar. Siap belek2 hantaran sepupu aku ni. Mengata kata murahlah, xcantiklah.
Ayah sepupu aku dengar berapi ja rasa. Rasa macam nak pelempang, tapi ingat pangkat kakak, dan fikir mak cik aku yg dengki ni paling tua antara semua, so kami semua diamkan ja.
Dah beberapa tahun. Ditakdirkan mak aku sakit. Masuk wad. Aku pun whatsapp mak cik kepohci aku ni. Dia datanglah melawat. Dia bermalam kat rumah kami. Malam tu, abg aku sibuk sediakan kertas untuk kuliah dia. ( budak degree ). Mak cik aku ni tanya, ” izz ambil apa? Diploma ke? Buat kat mana? ( masuk U mana ) tengok kak wani hang masuk UITM. Lani kerja eksekutiffff” dia siap mucung mulot lagi. Menyampah aku dengar dan tengok. Abg aku jawab ” degreelah. Kat UITM ***u. ”
Mak cik aku terdiam.
Esok tu kami nak melawat mak aku. Mak cik aku yg kepohci ni, berborak ngan mak cik aku lagi sorang. Mak cik aku yg sorang ni cakaplah anak dia nak buat degree kat UTM. Dan2 tu juga mak cik aku yg kepohci ni cakap anak dia nak buat master kat UTM juga….. ( padahal kami semua tau, anak dia xakan sambung sana, sebab anak dia xhabis belajar pon masa degree ). Jadi dia cuma nak berlagak, dan xboleh tengok orang lebih dari anak dia atau dia atau laki dia.
Tahun ni anak dia nombor dua dah nak kahwin. Abg aku pun dah bertunang. Aku pun dah bertunang juga. So, masing2 nak berlawan hantaran siaap paling tinggi dan pasangan siapa kerja gaji tinggi. Mak cik aku yg kepohci ni whatsapp aku tanya ” hang bila nak kahwin rizza? ” aku layankan ja masa tu, aku balas xtau lagi bila. Lepas tu dia tanya berapa hantaran aku. Aku jawab yg jujurlah. Rm2000 ja. Lepas tu dia tanya lah bakal suami kerja apa? Aku jawab kenapa mak cik sibuk sangat nak tau hal aku. Dia merajuk ngan aku. Tapi dalam diam, dia whatsapp adik aku tanya pasal abg aku. Hantaran bakal bini dia berapa, buat kat mana, bila nak nikah? Adik aku jawab jujurlah. Rm15,000, standardlah untuk yg ada degree kan. Dah cerita tu. Mak aku wahtsapp dia tanya pasal anak dia. Dia kata oooo hantaran amir rm30,000. Bakal bini amir, kerja pegawai perlancongan mana entah. Cakap berlagak. Padahal semua orang tau anak lelaki dia tu kerja biasa2 sahaja, hutang kereta, hutang rumah. Dan anak dia pernah berkahwin dah sebelum ni. So, ada hutang loan bank yg sebelum2 tu juga. Belum masuk hutang ptptn.
Abg aku memang menyampah dah kat dia. Bila ada majlis apa2 yg ada mak cik kepohci aku ni, abg aku xakan sertai bersama. Bila makcik aku datang rumah, abg aku duduk dalam bilik dan xakan keluar dari bilik sampai mak cik kepohci aku ni balik.
Keluarga aku ni suka melancong. Tahun lepas kami pergi Indonesia ja pon. Aku, adik aku, abg aku rajinlah upload dalam facebook, dalam instagram, nama pon laman sosial kan. Mak cik kepohci aku ni cakap, pergi mana2 semua nak upload dalam fb, dalam ig, aku pergi juga Indonesia baru ni tapi xupload pon dalam ig, dalam fb. Aku yg mulut puaka ni cakaplah, nama pun laman sosial, bukannya kami upload gambar xsenonoh. Lepas tu adik aku cakap, mana nak tengok gambar mak cik pergi Indonesia, dia balas, xtangkap gambar pon. ( kau rasa lojik x pergi bercuti xtangkap gambar sebagai kenangan? ) padahal mak cik kepohci aku ni kaki selfie, kaki wefie kot. Nak membongak pun jangan nampakkan sangat kebodohan kita. Sumpah lawak.
Baru2 ni raya. Kami berkumpul ramai2, kecuali mak cik aku yg kepohci ni. Aku rasa cukup2 lega, sebab kalau ada dia tu, aku rasa sesak nafas. Dan aku tau, bukan aku seorang saja yg rasa macam tu, sepupu sepapat aku pun rasa macam tu. Kami bersembanglaa pasal itu, pasal ini. Tiba2 pak cik aku cakap kat kami semua ” mak cik kepohci hangpa nanti nak pergi perth.” Aku terdiam tapi yg lain semua gelak. Sebab apa dorang gelak, sebab baru2 ni aku ada up satu status cakap nak pergi Australia. Hahahaha. Aku diam sebab aku rasa mak cik aku ni memang xda kerja lain ke? Kerja dia skodeng fb aku 24jam je ke? Seram oiii.
Maaflah, pengakuan aku ni agak panjang. Tapi memang aku dan yg lain2 dah cukup menyampah. Mak cik aku ni suka buat pandai. Suka ikut kepala dia. Lagi satu jenis suka dengki dengan orang lain. Dalam maksud lain, xboleh lihat orang lain lebih sikit dari dia.
Kita tunggu majlis kenduri aku ngan abg aku. Dia cakap perkataan bukan2 dan perlekeh majlis kami, siap dia. Tapi aku rasa dia macam xdatang. Sebab dia dah kena cukup2 dengan aku sebelum ni.
– Rizza
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 Response to "Mak Saudara Jenis Tak Puas Hati"
Post a Comment