Assalamualaikum. Aku baru kahwin 4 tahun 6 bulan. Sekarang dah ada anak umur setahun. Suami aku baik dan aku takde masalah pun dengan suami aku. Dia jaga keluarga aku baik.. family aku pun suka dia.
Dalam nak masuk 5 tahun aku kawin, aku perasan mak mertua aku macam berubah lepas abang ipar aku kahwin baru2 nie. Abang ipar aku kahwin dengan orang bandar. Cantik, pandai ambik hati. Tapi aku dulu awal2 kahwin pun ambik hati mak mertua aku jugak. Contohnya bersihkan rumah, basuh pinggan mangkuk. Memang aku uruskan. Mak mertua aku bangun tidur je dah bersih.
Sekarang dapat menantu baru, mak mertua aku macam lebihkan menantu baru dia yang lagi cantik n berjaya dari aku. Yelah, setiap kali dia nak datang je mak mertua aku tukar cadar baru, bersihkan rumah dari dalam sampai luar. Aku dengan laki aku pun terkejut jugak tiap kali biras aku tu nak datang je kemain cantik rumah dan bilik tu. Tapi kalau aku n laki aku nak balik tidur sana je rumah macam tongkang pecah. Aku jugak yang kene kemaskan.
Aku pun nampak cara mak mertua aku layan aku sekarang pun lain. Tak sama macam layan biras aku. Kalau layan biras aku tu sampai gelak2. Biras aku tu memang rajin la dari aku. Contoh aku bangun pukul 6, dia bangun pukul 5. Aku bangun dah bersih semua dia dah buat. Jadi mak mertua aku fikir aku ni pemalas lah kot.
Sama jugak kalau aku balik kampung belah suami aku, sedara mara kt sana layan biras aku macam tuan puteri. Yelah orang bandar kan.
Ada satu hari tu biras aku nak tidur kt kampung, makcik laki aku tu siap sembur perfume lagi atas tilam. Tilam pun tilam sedap. Kitorang pakai toto je. Dah la nipis. Anak aku tido pun tak selesa sebab sakit kepala. Sedap betul biras aku tidur atas tilam tu. Huhuhu. Cara biras aku tu bercakap pun nampak la kepandaian dia . Dia peramah. Sebab tu kot orang suka. Tapi kalau terlebih peramah pun tak best jugak nanti orang meluat. Hahaha..
aku cuma terasa je dengan layanan mak mertua aku n sedara mara selepas abang ipar aku kahwin dengan orang bandar tu.. nampak sangat kot. Tak hagak2. Aku pernah mintak kt mak mertua aku selimut. Tapi yang aku dapat cadar woi. Bukan selimut. Aku tak perasan pun mula2. Masa nak pakai tu baru aku perasan itu cadar. Nak mintak selimut dah malam pulak. Laki aku x suka tidur pakai selimut nipis. Dia suka pakai toto. So aku malas la nak kejut dia yang dah tido tu suruh mintak selimut. Takpelah aku anggap mak mertua aku tu rabun kot. Hehehe.
Sekarang biras aku tu tengah pregnant. Kemain mak mertua aku layan baik2.. tak bagi buat kerja berat.. masa aku pregnant mak mertua aku tak heran pun aku pregnant ke tak.. nasib baik laki aku ni memahami n dia pun perasan mak dia berubah. Laki aku cakap jangan layan nanti sakit hati.
Tapi aku macam tak puas hati je. Cemburu tau. Ape salah aku ye. Nak kene jadi bandar jugak? Kene bangun pukul 3 pagi ke macam mana?
Sekian.
– Siti
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 Response to "Mertua Pilih Kasih"
Post a Comment