Assalamualaikum,Terima Kasih admin jika confession ini disiarkan. Cerita ni agak panjang ye. Hope dijadikan teladan. Dan ambik tindakan if benda ni jadi kat korang.
Straight to the point,aku sangat faham apa yang confessor ‘ Golongan Pendidik yang Memusnahkan’ rasa. Sebab nya,itu yang aku dan parents aku alami sejak dua org adik aku bersekolah di sebuah sekolah agama swasta ni.
Aku dulu pun pernah ada angan angan nak sekolah kat situ tapi masa tu keadaan kewangan agak teruk. Jadi ayah aku pujuk aku untuk sambung sekolah smk je.
Aku dan adik beradik aku sekolah rendah agama integrasi. Sekolah integrasi ni dia campur subjek agama dan akademik.
Okay,masalah nye kat sini adalah sekolah agama adik aku ni dia akan ambik guru ganti atau guru permanent yg lepasan spm/stam utk mengajar.
Guru yang ada ijazah pun hanya beberapa kerat sahaja.
Bukan nak pertikaikan kelulusan guru2 ni,tapi lecturer yang ada diploma pon tak boleh nak ajar student diploma kan?Kena up la sikit,at least degree or master baru boleh ajar student yg buat diploma.
Lepastu, mcm yg confessor sebelum cakap pasal guru veteran tu,yes aku akui memang betul jika guru tu kelulusan dia tak tinggi mana. Adik adik aku cakap memang tak faham apa yang guru veteran ni ajar.
If tanya soalan yg sama utk kali yg kedua ketiga keempat ke,sama je.Tak faham jugak.Adik adik aku pun dah la jenis ‘trsangat rajin’ nak belajar, bila dorang mengadap guru mcm tu,dorang jadi ‘lagi rajin’ dan sampai putus asa.
Jadi,solution yg ada hantar je lah dorang ni pgi tuition. Aku mampu ajar sikit2 je,sebab aku ni jenis tak pandai nak ajar sangat. Mesti ada kan jenis orang yg, dia boleh faham sendiri je,tapi nak ajar tak berapa boleh sangat. Haa camtu la aku ni.
Ni bukan bab nak kutuk or mengata guru ye,tapi apa yang salah tu takkan tak boleh tegur kot.Lagipun guru agama ke guru sekolah biasa ke semua manusia kan ? Mesti ada kureng nye jugak
Lagi satu sekolah ni dia agak sombong sikit (aku straight je eh ).Pihak sekolah ni dia taknak minta peruntukan kerajaan or apa2 organisasi utk repair kemudahan sekolah ni. Mereka2 ni lebih suka utk bagi resit wakaf or derma kat pelajar2.
Then,pelajar2 la akan minta derma kat parents or org awam. Tandas rosak, asrama, kelas yg pernah terbakar kebanyakan nya lambat utk diselenggara. Sebab dorang kurang dana.
Guru2 adik aku ni pulak nampak nya macam tak mesra sangat dengan parents. Dah la tak mesra, batang hidung pun tak nampak .Hari orientasi adik aku dulu,aku ada ikut. Dari orientasi mula smpai habis yg bagi detail tntg sekolah etc hanya la guru besar dan guru disiplin.
If ustaz/ ustazah dorang jadi AJK wktu orientasi tu, takkan semua duduk kat bilik guru kot. Lagi satu, yang pelik bab kerja sekolah adik2 aku. Dorang memang diberi homework,tetapi tahukah anda homework dorang tersangat sangat sangat jarang ada tanda tangan or semakan dari ustaz/ ustazah dorang.
Aku tanya dorang if dorang tipu aku ke or sebenarnya dorang tak hantar pun homework tu.Tapi adik aku cakap,kalau hantar pun,cikgu dorang tak tanda pun.Kutip camtu je,pastu bila budak2 ni minta buku baru bagi balik. Tapi tulah,buku dorang ni bersih sangat.
Dan,style ustaz/ustazah dorang bagi homework menjelang exam.Ni mesti korang susah nak percaya. Aku pun mula2 tak percaya gak tapi tulah fakta dan realiti nya.
Contoh, adik aku belajar sampai bab 3/4 utk exam awal tahun..Adik2 aku takkan ada homework dari buku latihan yang bertimbun pun.Homework pun buat dari buku teks tapi tersangat sikit. Dan bila menjelang exam akhir tahun,dorang akan diberi homework dari page 1-80,mesti disiapkan dalam masa seminggu.Korang mesti ingat tipu kan?
Tapi ni yg betul2 jadi masa adik aku form 1@2 cmtu.
Aku suggest la kat adik2 bertuah aku ni,kalau nak elak dari kena buat homework bertimbun cmtu,korang buat la latihan tu hari2 ikut bab yg dah belajar. Guess what apa jawapan dorang ?
Sesetengah ustaz/ustazah akan marah if dorang cuba2 utk buat tanpa kebenaran ustaz/ ustazah tu. Mana2 ustaz/ ustazah yg suka tengking2,perli2 tu memang adik2 aku ngn kawan2 dia kena tadah telinga la.
Tak cukup satu ustaz/ ustazah yg marah,nnti ada ustaz/ ustazah lain yg akan sambung juga perli / marah ke apa.
Sah la dorang bergosip.
Kat sekolah ni juga ada sorang ustaz yg aku boleh katakan dia ni ada masalah mental or pernah kena dera / buli.
Ustaz ni di tangan dia akan ada rotan setia menemani. Rotan ni bukan nya guna utk hukum pelajar yg ada salah je,yang tak ada salah pun tak terlepas. Macam mana yang tak ada salah ni boleh kena rotan jugak ?
Ustaz tu lah yang cari salah. Cara dia ?
Dia akan pergi kat kawasan parking moto utk pinjam moto budak2 ni. Tak bagi ? Rotan or tarik telinga etc.Moto ustaz ni dah uzur adik aku cakap. And ustaz ni suka test moto yang cun2.
Cara yg kedua,ustaz ni akan bagi homework tanpa diajar pun budak2 ni. Dia tak ajar bab tu,da terus bagi homework. Katanya suruh berdikari..choii
Bila ada yg siap, dia cari kesalahan..if satu je kesalahan..rotan..lagi banyak salah,lagi rotan. Yang tak siap ?..lagi la kena rotan
Jadi apa pilihan yang ada? Siap or tak, sama je kena rotan.
Aku ada juga syak,ustaz ni menyimpang sikit..Sebab adik aku cakap dia ada tukar doa belajar..and dorang tak pernah dengar doa cmtu.Bila aku suruh dia baca doa tu,dia cakap tak boleh nak ingat doa apa sbb dia x hafal sangat..ye la,tak selalu dengar doa cmtu.Aku tnya pernah x dengar doa tu kat tv ke surau ke?. Ye lah,kan banyak doa kan?. Tapi dia ckp mmg x pernah dengar. Pastu,ustaz ni tak suka ajar sirah nabi. Dia cakap sirah nabi tu semua salah.
Ustaz ni juga suka sangat guna perkataan b*b* if marah pelajar. Bukan setakat pelajar je yang kena b*b*,parents pon dib*b*kan jugak. Contoh: ‘Kau dengan mak ayah kau,kakak kau,abang kau,adik kau semua b*b*…Korang rasa?
Ustaz/ ustazah lain tak pernah tau perangai ustaz ni. Dia pandai cover.
Masa adik perempuan aku dapat result exam agama time form 4 ( they called SMU – sijil menengah ugama ),dia dpt banyak credit and tak ada yang gagal. Subjek agama dorang ni bahasa pengantar nye semua arab.Tauhid,feqah,akhlak etc smua arab. Aku pun tak reti nak baca.Baca jawi boleh la haha.
Then ustaz ni dpt tau result adik perempuan aku ni,dia pergi cari adik lelaki aku masa waktu rehat semata mata nak tarik telinga adik aku. Apakah?
Dia siap cakap cmni ,’ ooo kakak kau sekarang bukan main eh,dapat keputusan mcm tu ‘? Ingat pandai la tu ? Dia tarik telinga adik aku smpai keluar air mata dia.Kwn2 dia pun takut,tak tau nak buat apa.Just tngok je lah.
Benda ni dah beberapa bulan jadi,baru adik aku nak cerita. Mak aku nak pergi jumpa ustaz tu, or guru besar ke,tapi adik aku berkeras taknak parents aku masuk campur. Sebab dia takut,ustaz tu buat lebih lagi bila dia datang sekolah.
And adik lelaki aku ngan kawan2 dia berpakat nak tukar sekolah tahun depan.Kebanyakannya dah cerita kat parents masing2.Oh yaa,PIBG skolah ni tak wujud pun. Pelik kan?
.
.
– Sis Anne
– Anonymous
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 Response to "Mulut Celupar Pendidik"
Post a Comment