Bekas Guru Tuisyen

Bekas Guru Tuisyen

Assalamualaikum..admin mohon sembunyikan nama .Aku Terdetik untuk respon berkenaan hal2 pelajar kita ni dan terima kasih kepada kakak yang meluahkan di IIUM. Berkenaan masalah pelajar-pelajar sekolah ni bagi aku hendaklah dibincangkan dengan hati terbuka dan kita sama-sama mencari formula penyeselesaian.

Perkara penting yang kita semua perlu sedar ialah ibu-bapa @keluarga dan guru berada di pihak yang sama iaitu kita mahukan yang terbaik untuk anak pelajar kita. Karier aku bukan guru tapi pernah berpengalaman menjadi guru tusyen selama hampir 4 bulan.Haa,,ni giliran bekas cikgu tusyen 4 bulan pula nak meluahkan rasa.

Aku mengajar tusyen ni part time je sebelum dapat kerja tetap. Budak-budak yang menjadi pelajar aku ni pun orang-orang kampong aku jugak. Pelajar aku seramai 30 orang semuanya, taklah bukan 30 tapi 3 orang je. 2 daripadanya tu no tercorot dalam kelas, seorang lagi no 6 kalau tak silap aku. Keseluruhan dalam kelas diorang 24@25 macam tu la.

Pengalaman aku mengajar 3 orang budak ni, not bad jugak lah. Yang no 6 kedudukan dalam kelas tu oklah mudah je dia terima. Laju semacam je dia paham apa yang aku ajar ni. Terlupa pulak nak bagitau, aku ajar subjek MATH & BI untuk UPSR. Pulun 2 sekaligus. Ni cerita betul eh bukan cerita tipu.

Bayaran yang aku ambil pula RM2/jam, aku buat 2 jam sehari. Murahkan? 2 ringgit je, murah sebab aku kesiankan mak ayah budak-budak ni, tu pun ada yang tertangguh . Sorang tu anak yatim ayah dah takde, harapkan atuk dan nenek je. 2 orang lagi anak penoreh getah dan anak pak guard kat sekolah diorang. Yang kedudukan no 6 dalam kelas tu anak Pak Guard.

Aku start mengajar diorang bulan Mac tahun 2015. Kelas Aku buat untuk 3 orang budak ni setiap hari pukul 8-10 mlm dekat rumah aku. Hari minggu pula Jumaat Sabtu kalau diorang takde kelas tambahan kat sekolah, aku buat tusyen untuk diorang petang 2-4 dan malam macam biasa. Kalau aku memang takde kerja yang terlalu penting memang tu lah rutin hidup aku.

Sebulan pertama mengajar diorang aku dah nampak hasilnya. Budak ni cerita kat aku, Cikgu sekolah dia terkejut dia mampu jawab soalan math yang sukar. Cikgu tu kalau tak silap namanya Cikgu Zaki. Dipendekkan cerita, selepas peperiksaan pertengahan tahun, Alhamdulillah student-student aku ni menunjukkan keputusan yang sangat memberansangkan. Yang no 6 didalam kelas ni meningkat ke 2, 2 markah kurang dari no 1 dengan 3A 1b 1c kalau tak silap. Yang tercorot tadi turun ke no 10 yang anak yatim tadi. Yang sorang lagi juga menunjukkan peningkatan.

Yang anak yatim tadi mendapat pujian guru dalam perhimpunan PIGB sekolah lagi. Bayangkan apa yang mak dia rasa time tu.Mesti banggakan?, Petang tu nenek dia datang lagi ceritakan dekat aku. Dari markah yang E bertukar markah kepada B.

Budak-budak yang aku ajar ni datang dari keluarga uneducated. Aku memang kesiankan diorang. Budak-budak ni macam aku jugak masa kecil. Satu kampong dengan aku, apa yang diorang lalui sekarang aku telah laluinya dulu. Mungkin sebab tu kot diorang mudah faham apa yang aku ajar dan aku mudah detect kat tempat mana yang diorg tak faham.

Bagi aku secara peribadi,budak-budak yang tercorot bukan mereka tidak boleh pergi jauh dalam pelajaran tapi perlukan pendekatan berlainan, selain tu perlu ada orang berusaha bersungguh-sungguh untuk diorang.Kalau budak-budak ni malas, ibubapalah kena rajin untuk diorang, rajin hantar tusyen, rajin cek buku-buku sekolah diorang, kena rajin belajar bersama-sama.

Paling penting ialah jangan mudah berputus asa samada pelajar, ibubapa dan guru sekalipun. Ibu bapa berusahalah bersungguh-sungguh demi anak-anak. Jangan bagi anak-anak tercicir dalam pelajaran. Bagi aku tidak ada yang ditakdirkan dapat nombor tercorot dan tidak ada juga ditakdirkan no 1. Berusaha, berdoa dan bertawakallah kepada Allah.

– Alen23

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

0 Response to "Bekas Guru Tuisyen"

Post a Comment