Assalamualaikum admin, saya harap admin approve confession ni lah. Nama aku El, aku ada abang yang kerja nurse. Lets call him Angah ok.
Ni aku nak cerita sikit kenapa angah pilih Nurse sebagai course study dan pekerjaan. Arwah nekwan aku dulu sakit, and masa tu dia terkilan sebab tak dapat jaga wan (dia cucu kesayangan, and masa tu spm) dan aku pun ada sakit. So sebab tu laa dia ambik Dip in Nursing, and now kerja hospital kerajaan.
Hari-hari ada je benda yang dia nak cerita, dia cakap, dekat hospital dia tengok banyak benda, banyak pengajaran. Dia pernah tengok anak derhaka, dia pernah tengok anak takmau cuci berak sebab geli. Pernah tengok, pakcik ditinggalkan anak dalam wad. (Stroke) Dan ada juga yang marah-marah kata ayahnya menyusahkan. (Angah aku jaga Wad lelaki).
Korang nak tahu tak ? Disebalik nurse kerajaan yang korang selalu cari salah, selalu hentam diorang, selalu korang viralkan muka dia tengah tidur, padahal diorang baru je terlelap. Haa meh aku cerita. Biar korang terbukak sikit mata tu, jangan asyik nak hentam je.
1. Kerja Nurse dah macam kuli. Tahu kenapa ? Sebab semua diorang buat, bagi ubat, cuci taik, ganti cadar. Ehh pendek kata macam orang gaji laa kerja nurse ni. Ni yang aku cakap ni nurse kerajaan ye, bukan swasta. Aku buat rawatan kat hosp swasta, aku selalu tengok nurse kat sana. Jauh beza dengan angah.
2. Diorang ni jaga bukan 4 patient, tapi 12 (kadang sampai 18) sorang jaga sampai 18 patient yang kadang-kadang perangai macam budak-budak. Kau rasa ? Kau boleh ke layan sampai 18 orang ? Nurse kat tempat aku, baru jaga 6 patient (ada 3 nurse) pun dah mengeluh penat tau. So kau rasa, nurse kerajaan ni ada masa ke nak layan perangai mengada kau ? Dia nak makan pun tak sempat tau tak!
3. Kerja bermandi peluh. Angah cakap, kat wad tu pakai kipas je. Itupun patient yang selalu conquer kipas tu, padahal itu kipas staff. Tapi dah malas nak cakap, diamkan je laa. Kau yang kerja beraircond pun dah mengeluh kan ? Angah aku lari sana lari sini. Dari block A pergi ke kecemasan lalu luar ok, dia takde laluan khas macam hosp swasta.
4. Nurse adalah yang paling teruk dihentam bila ada apa-apa berlaku. Contoh, ada patient mengadu beraknya tak dibasuh. Yang teruk kena, is nurse. Sister akan salah kan nurse, relative akan salah kan nurse. And everything diletakkan kesalahan tu atas Nurse. Kau rasa ? Tak ke menangis bucu katil bila jadi gini.
5. Risiko nurse is, bila ada hiv patient yang masuk wad, risiko dia tinggi tau. Tercucuk jarum sikit pun dah boleh kena hiv, ada kawan angah dah kena hiv, sebab jari dia tercucuk jarum masa kemas katil. TB pun sama bahaya juga.Naudzubillah hi min zalik, moga allah lindungi angah.
6. Setiap kali angah balik dari syif malam, aku selalu risau. Sebab dia pernah hampir nak terbabas, sebab terlampau mengantuk. If dia tak sampai rumah, aku akan whatsapp dia tanya. If ok, baru lega sikit. Kadang-kadang, sampai je rumah dia terus turun kan seat and tidur dalam kereta dulu.Lepas sejam macamtu baru masuk rumah. Sebab Terlalu letih.
7. Ok ni last. Nurse ni kurang spendtime dengan family. Sebab selalunya if off pun, kena gantikan kawan lah, kena pergi wad sebab ada meeting lah. Dan kadang-kadang angah kena double syif, sebab apa ? Sebab staff tak cukup. If angah cuti, cuti tu digunakan dengan spendtime dengan family. Raya haritu pun dia tak dapat cuti, tak ke menangis bucu troli sambil dengar dendang perantau ? (Kerja lain pun sama ye dak ?)
Apa guna ada anak tapi tak boleh nak cuci najis mak ayah sendiri ? Jadi anak derhaka la kau sebab tak boleh jaga ibu ayah kat hospital. Kalau tak boleh jaga pun at least belikan apa yang perlu. Pampers, makanan dan sebagainya.Setiap hari mesti angah nasihatkan adik-adik dia, bila dah besar nanti jaga ibu ayah macamana mereka jaga kita dulu. Jangan nak lepas tangan je.
So ini je lah kehidupan disebalik nurse kerajaan bedasarkan pengalaman abang aku. Banyak lagi yang aku nak cerita, tapi tengok lah. Kalau rajin and ramai nak baca, aku buat yang no 2 pulak ye.
Pesanan aku, jangan suka menyalahkan nurse itu ini. Kau takde ahli keluarga yang kerja nurse, aku kesian tengok angah, walaupun dia tak pernah kena hina. Tapi kawan dia ada yang kena. Bila nurse buat benda buruk, cepat je sebarkan, viralkan. Cuai sikit, ambik gambar viral, padahal kadang-kadang bukan kecuaian nurse pun. Benda baik ? Jangan harap korang nak nampak, if nampak pun, kenapa korang taknak sebarkan, kan ?
Dah lah dihina, dimaki, dimarah, diviralkan muka. Terima kasih pun susah nak keluar dari mulut korang kan ? Apa ingat nurse ni takde hati dan perasaan ke ? Tak apperciate langsung. At least bagi laa apa-apa sebagai tanda penghargaan, kalau tak pun. Terima kasih pun dah cukup. Bukan nak mengharap apa-apa, tapi ucapan terima kasih and senyum pun dah cukup buat nurse terharu and rasa dihargai.
Tahun depan, angah akan apply ke Arab Saudi. Doakan angah aku dapat pergi sana. InsyaAllah, angah cakap kat sana jauh beza dengan sini. Sana, relatives more apperciate nurse. Oh ya, doakan juga supaya angah dapat jodoh. Mana tau dapat jodoh orang arab kan ? Hahahah.
Yang baca confession ni, aku doakan korang sentiasa dalam rahmatNya. Yang mana tak dapat jodoh, aku doakan semoga ketemu dengan insan yang baik. Yang belum dapat zuriat, aku doakan semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Yang mana ada sakit/penyakit, aku doakan semoga disembuhkan penyakitnya dan sihatkan tubuh badannya.
Ohh yaa, aku buat confession ni bukan nak bandingkan antara hosp swasta dan kerajaan. Cuma apa yang aku nak sampaikan is, yang bergaji besar, patient sikit pun mengeluh, apatah lagi yang 1 orang kena jaga 18 patient ni kan ?
Nanti ada masa, aku cerita pengalaman angah tengok anak kurang ajar dengan ayah, and ada anak cakap lepas, menitik air mata ayah dia. Dan aku akan cerita pengalaman angah azankan baby tak sah taraf yang baru lahir. Itu pun kalau ada sambutan laa dengan confession ni. If korang nak lagi, haa komen laa. Nanti aku share.
Terima Kasih Admin, Assalamualaikum.
– El
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 Response to "Dihina Kerana Jururawat"
Post a Comment