Assalamualaikum admin, sekali lagi sya nak buat confession. Maaf admin, harini sya datang lagi untuk buat confession kedua. Memandangkan confession pertama, ada yang minta sambung (Dihina Kerana Jururawat).
Okeyy 1st sekali, confession sebelum ni mungkin ramai yang salah anggap, aku tak buat perbandingan antara hosp kerajaan dengan swasta. Cuma aku lebih focus kepada kerajaan, memandangkan cuma bayar RM1 (kalau tak silap) je. Ibarat kau beli kereta, kau bayar untuk kancil tapi kau nak spect macam Myvi. Haa macam tu laa. So pada yang nurse swasta, aku mohon maaf jika ada salah faham yang buat nurse swasta tersinggung.
Apa yang penting is, Respect each other. Kerja yang melibatkan nyawa orang ni, kau kena lebihkan respect kau. Macam tu jugak dengan Polis, JPAM dan Bomba. Apa yang aku cerita is, berdasarkan pengalaman aku dan abang aku. Angah as nurse di hospital kerajaan, and aku as patient di hospital ummc. Okeyy sambung dengan cerita okey ?.
1. Anak Tak Sah Taraf. Masa ni angah tengah practical, masa tu jaga wad bersalin. Dia pergi kat 1 patient ni, dia tengok nama bapa dalam form kosong. Dia tanya “siapa Nama bapa bayi ye ?”, lama dia diam, dia cakap “Takde ayah, terlanjur”. Dan angah tanya “Habistu ni dah azankan ke belum ?” Dia cuma geleng. Pastu angah pun dukung baby tu, angah azankan. Angah cakap, masa ni rasa sayu sangat hati. Anak sendiri takde, anak orang yang angah azankan. Allah, sebak rasanya
2. Seram. Ada 1 hari ni angah shift malam. Hari tu ada patient india meninggal. Masa angah tengah buat report dalam bilik sister, tiba-tiba je angin seram sejuk bertiup, kertas semua terbang then masa tu jugak angah nampak kucing hitam legam, pandang tepat kat angah, then kucing tu tiba-tiba lari. Angah terus bangun keluar bilik.
Tanya kawan dia, ada nampak kucing hitam tak ? Kawan dia cakap. “Oii am, mana ada kucing kat tingkat 7 ni ?!”Kau rasa?Habis yang tadi tu apa weh ? Angah sendiri nampak, kucing tu lari keluar. Malam tu angah asik terfikir je pasal kucing tu. Macamana kucing tu boleh sesat kat tingkat 7?
3. Anak Beranak Kurang Ajar. Ada sorang pakcik ni dia dah boleh discharge. Angah pun call isteri dan anak-anak dia untuk ambik pakcik ni kat hospital tapi sorang pun taknak angkat. Banyak kali call pun still tak angkat. Sedih hati angah sebab pakcik ni memang baik. Dia cukup suka dengan angah.
Apa2 hal dia nak angah yang buat. Tiap kali makan mesti dia lawa angah. Dia tak sangka isteri dan anak-anak sanggup buat dia macamtu. Akhirnya angah minta bantuan polis untuk minta family ni ambik pakcik tadi. Bila isteri dan anak2 dia sampai sanggup isteri dia cakap “dah jom la balik! Apa sepah2 atas katil ni, menyusahkan betul la”
4. Dihargai. Bukan aku nak puji angah. Tapi bila balik kerja, kadang-kadang ada je hadiah yang dia dapat. Patient ramai yang suka dia. Patient puji, tak pernah nampak angah merungut bila minta tolong, selalu senyum, kalau nak setline sekali buat je dah okay. Kalau doktor yg buat sampai bengkak tangan patient.
Mungkin itu kelebihan yg Allah anugerahkan untuk dia bila dia ikhlas buat sesuatu. Ada pernah sekali angah bawa balik jam branded. Ada patient cina yg bagi. Ada jugak dapat limau sekotak patient yg bagi. Ada jugak dapat hadiah lain dari secret admire.
5. Pakcik Marah Dengan Kerjaya Nurse. Baru minggu lepas angah cerita, ada sorang pakcik ni dia puji Nurse dengan nada marah. Hahahah, dia cakap “Aku tengok nurse ni, tak penat ke haa ? Jalan sana sini tak duduk langsung. Lepas buat itu, kau cuci pulak berak dia. Lepas cuci, kau pergi suapkan patient sana tu. Tu belum lagi patient yang mengada-ngada (pakcik ni perli katil sebelah) ishh kalau aku laa, aku biarkan je diorang yang mengada-ngada tu mampus. Betul, pakcik tak sanggup kalau jadi nurse.”
“Pakcik tabik kat korang yang jadi nurse, ishh kalau pakcik lah, bagi 6-10k gaji pun pakcik taknak. Anak pakcik nak jadi nurse pun pakcik halang, kesian nurse ni. Teruk kerjanya”. Angah pun senyum2 laa sambil dengar pakcik ni marah2 tapi puji nurse. Akhirnya ada jugak yg memahami.
6. Handsome Boy. Ada sorang uncle ni dia memang peramah, selalu tegur angah “Hey, Handsome Boy! Sudah makan ka?” “Hey Handsome Boy, u baru masuk kerja ka?”. Satu hari tu dia tanya, “Hey Handsome Boy, u orang cina ka ?” Angah cakap “Ehh tak uncle, saya Melayu. Hehe” “Aiyaa, yaka ? I tengok u serupa cina” “Hehe tak laa uncle” angah cerita, patut laa uncle ni pernah cakap cina dengan angah. Hahahahah, tapi sekarang uncle tu dah takde, meninggal tiba-tiba sesak nafas.
7. Meninggal. Sorang pakcik ni dia baik dengan angah, isterinya pun selalu tegur angah itu ini. 1 haritu pakcik ni tetiba sesak nafas, and nazak. Isteri dia call anak dia “Abang, call adik2 sekarang. Papa nazak, kumpulkan semua adik2.” Dalam setengah jam macam tu. Anak2 dia semua kerumun, yang lelaki sulung ajar mengucap. Last sekali, pakcik tu meninggal.
Angah cakap “angah sedih, lepas angah suruh anak2 dia keluar, angah tengok pakcik tu. Angah menangis, sebab pakcik tu baik dengan angah, dengan staff yang lain. Nasib baik angah pakai mask masa tu, sepanjang uruskan pakcik tu, memang angah nangis sampai bengkak mata. Memang terasa kehilangan dia.”
.
So ini je laa cerita yang aku rasa ada pengajaran, ada seram, ada sayu. Kalau nak ikutkan, semua aku nak cerita. Tapi takkan habis 1 hari nak buat karangan hahahah.
Soal kerja arab saudi tu, angah nak cari pengalaman dan nak bina ekonomi yang kukuh. Zaman sekarang ni ekonomi tak menentu, so dia rasa arab saudi is jalan yang terbaik untuk dia timba pengalaman dan memperkukuhkan ekonomi untuk dia bina masjid nanti. Zaman sekarang duit adalah segalanya.
Soal jodoh orang arab, itu hanya gurauan angah (angah suka bergurau). Mungkin dia dipertemukan jodoh dengan orang malaysia di arab, mungkin ? Siapa tahu. Apa-apa pun doakan yang terbaik je lah.
Daaaaannn soal kerajaan or swasta. Dalam confession sebelum ni pun aku ada sebut, “Bukan nak bandingkan nurse swasta or kerajaan”. Jururawat swasta atau kerajaan sama je, aku tengok jugak sebelum aku buat confession ni. Cuma mungkin dalam confession sebelum ni, aku lebih fokus kan kat kerajaan. Mesej yang aku nak sampaikan is “Respect Nurse”
El minta maaf kalau ada nurse swasta yang terasa hati dengan confession el sebelum ni. Tak terfikir pulak akan jadi isu. Tapi apa-apa pun, El minta maaf sekali lagi. Nahh.
Cerita aku, bukan nak tunjukkan angah mengeluh ke apa. Dia happy je dengan kerjaya Nurse ni. Cuma yang dia kesal is, sikap orang kita yang selalu menghentam Nurse. Dan tujuan aku, untuk buka mata orang kita tentang kerjaya nurse ni bukan setakat apa yang kita tengok. Janganlah bila kau bayar RM1 kau boleh buat sesuka hati. Tu je yang aku nak sampaikan. And swasta pun, kau bayar bill hospital beribu boleh, apalah salahnya kau belanja nurse tu domino ke. Kan ?
So, mari lah kita #RespectJururawatKita yang bekerja tanpa mengira penat. Terima kasih dan respect untuk semua nurse yang ada di Malaysia sama ada hospital kerajaan or swasta. Dan saya nak berterima kasih pada nurse UMMC, kerana menjaga dan merawat saya seawal umur 2 bulan, sehinggalah sekarang. Sekian ini confession saya. #RespectJururawatKita
Assalamualaikum
– El
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 Response to "Pengalaman Jururawat"
Post a Comment