Rendang Ayam Mak Mertua

Rendang Ayam Mak Mertua

Kalau confession aku ni tersiar, aku ucapkan terima kasih pada admin sebab aku tak tau nak luah pada siapa. Ni cerita tentang rendang ayam, mak mertua aku dan aku. Panggil aku Kiah je la.

Alkisahnya, aku duk bersama dengan mak mertua aku. Sebelum ni kami duduk rumah sendiri. Atas sebab2 tertentu ( masalah bukan pada kami, tapi mertua), aku terpaksa menyewa bersama dengan mertua aku. Tapi rumah besar, 2 tingkat. Aku di bilik atas, mertua di bilik bawah. So ok la takde problem setakat ni. Lepas tu, mak mertua aku ni ada kakak, tapi di kampung. Aku panggil makcik. So selalu la mertua aku balik kampung sebulan dua kali macam tu. Aku pun kadang2 ikut balik bersama dengan laki dan anak aku. Laki aku ada sepupu, dah kawin tapi takde anak. Bini dia nama Siti.

So Siti ni memang kerap balik kampung. Rajin la dia ke dapur. Memang dapur je la jarang pulak aku tengok dia kemas rumah. Mungkin bani melayu ni dah kena sumbat otak diaorang, anak perempuan kena rajin ke dapur, menantu perempuan kena rajin ke dapur. Aku masuk dapur kadang tengok je, atau basuh pinggan. Malas plak aku nak tolong bila tengok semua berebut nak pegang senduk.

So selalulah mak mertua aku ni puji Siti ni masak sedap. Semua la sedap. Takde la yang tak sedap. Aku rasa biasa jek la. Takde pun nak tertanggal spenda aku bila rasa masakan dia. Sebab aku sendiri pun reti masak apa aku nak makan. Aku nak telo mata, aku masak je la. Aku nak makan nasi beriani, pun aku masak jugak. Tapi kadang2 bila aku masak, memang aku tengok muka diaorang ni tak sangka aku ni reti masak. Mak mertua aku plak, pandai. Senyap je dia. Takde cakap papepun. Sedap tak, tak sedap pun tak. Lihat di situ. Kalau dalam kehidupan aku dengan mak mertua aku, ini realiti dia. Kelakar, but the struggle is real. Ianya tentang siapa masak lagi sedap. Huhuhahahihi

Masa raya aritu, aku balik kampong. Raya 1st sebelum pergi rumah mak aku, aku masak siakap stim. Makcik yang suruh. Macam biasa, habis..sebab sedap la kot kan. Raya ke berapa dah, kami nak balik. Siti takde sebab balik kampong belah dia. Pagi2 mak mertua dan makcik dah bangun awal masak untuk tetamu yang dah berjanji nak datang tengahari tu. Aku tengok mak mertua aku masak sup suhun dan kentang dengan kangkung goreng belacan. Sebelum balik rumah, laki aku nak makan sardin tapi berkuah. Sebab mak dia selalu masak sardin, tapi jenis yang macam tebal macam sambal sardin. Laki aku nak hirup2 kuah katanya. So aku masak la. Aku masak sekali terung goreng berlada. Lepas makan kami balik.

Minggu lepas tu, pakcik laki aku nak datang rumah. Aku cakap lah nak buat mee hailam. Tapi muka mak mertua aku lain macam tau. Dia macam jeling tengok apa yang aku tengah buat. Aku pelik gak tapi aku buat tak tau la. Laki aku beli barang lambat plak. Jadinya, aku sempat masak untuk kami2 sahaja la. Pakcik sempat makan apam balik je. So kami pun makan macam biasa sefamili. Tengah makan, makcik kat kampong call, tanya itu ini..pastu tengah makan apa. Mak mertua aku cakap, tengah makan mee hailam. Makcik tanya, kat kedai ke. Mak mertua balas, kat rumah la..si Kiah ni masak. Makcik terdiam (sebab aku ni sejak kawen memang tak pernah cakap pape tentang masakan atau apa yang aku reti masak. Aku jenis, nak makan sesuatu tu, aku masak je la. Kalau mak mertua aku sibuk puji Siti tu masak sedap itu ini, aku senyum angguk2 geleng2 je la. Oh ye ke, aah, aah la, hmm, oooh, ok. Aku tak balas pun konon yang aku pun tau buat macam Siti. Ingat aku terhegeh2 ke nak perhatian). Diaorang pastu sambung borak benda lain. Lepas makan kemas2 aku naik atas.

Sampai lah jumaat tu. Aku nak buat rendang ayam. Sebab mak mertua aku kata dia jemput sedara datang rumah. So dia buat makan-makan. Adalah dia prepare menu2 special dia yang sebelum ni dia kompang satu kampung yang menu2 tu dia masak paling sedap. So aku pikir, aku nak masak rendang ayam lebih sikit, esok boleh hidangkan sekali. Sedap kot makan dengan nasi impit kan. Aku masak jugak spaghetti bolognese. Sebab lagi banyak variety lagi syok kan. Tapi mak mertua takde tanya pape walaupun itu 1st time aku masak rendang ayam selama duduk sekali dengan mertua. Dia tak tanya, aku pun tak bagitahu. Sebab aku cakap kat kampong aku tak berapa makan rendang sebab guna ayam kampong. Tak kena dengan tekak aku. So aku teringin rendang ayam bandar.

Aku tengah nak masak, mak mertua aku pok pek bercerita. Aah mak mertua aku jenis tak reti tutup mulut. Kadang2 banyak benda yang dia terlepas cakap. Macam kantoi la. Haha. Contoh macam sardin yang aku masak aritu masa kat kampong. Habis rupanya di makan tetamu. Terung sambal pun sama. Tetamu cakap sedap rupanya…tapi sup suhun dan kentang dia tak laku. Ye la aku pun pikir. Menu macam tu, budak2 suka la. Sebab tak pedas. Aku pun tak minat. Tak pedas, serupa macam tak makan pape. Sambil aku masak tu dia takde tanya pape kecuali buah keras tu, untuk apa katanya. Aku bagitahu untuk kasi rendang tu rasa lemak sedap.

Pastu tetiba makcik kat kampong call mak mertua. Makcik ni memang selalu call tanya itu ini. Lepas tanya itu ini, makcik tanya masak apa tu. Ini memang soalan biasa la. Masa bulan puasa pun sama. Nanti mak mertua aku balas, ni si Kiah ni tengah masak blablabla. Pastu sambung borak. Tapi masa aku tengah masak rendang ayam tu, mak mertua aku tak bagitahu pun aku tengah masak. Yang dia balas, manade masak sekarang, esok pagi baru aku nak masak..malam nanti blablabla. Aku pun macam heran la jugak..kenapa tak cakap je aku tengah masak rendang ayam? Sebab tak nak makcik tahu ke yang aku reti masak rendang ayam? Macam2 persoalan berlari di fikiran aku ni. Tapi aku abaikan.

Petang tu bapak mertua aku balik kerja, lepas letak beg dia makan. Sebab aku dah masak awal. Tengah makan dia cakap pasal mee hailam yang aku buat aritu. Mak mertua aku tetiba menyampuk, abah kau cakap boleh buat niaga katanya. Rupanya bapak mertua aku memang suka mee hailam. Aku tak tau sebab aku pun memang suka sebab tu aku belajar masak mee hailam tu…dengan tanya pakcik Google je. Pastu aku cakap lepas ni boleh la buat lagi takyah makan kat kedai. Masak sendiri lagi puashati. Mak mertua aku tak cakap apa, dia tukar topik. Bapak mertua aku pula, tambah nasi lagi. Mak mertua cakap, amboi abang. Aku senyum je la. Malam tu aku makan rendang ayam dengan anak aku, anak aku tambah nasi lagi. Sebab dia cakap sedap.

Awal pagi pukul 5 aku bangun sebab nak prepare spaghetti bolognese. Lagi satu sebab ada kenduri kawen jadi kami nak pergi awal dengan makcik yang akan tiba dari kampong pagi tu. Mak mertua pun bangun awal sebab nak prepare menu dia. Sambil tu, dengan bongkaknya, aku ulang ye, sebab aura masa mak mertua aku bercerita tu, memang dengan nada bongkak. Sumpah aku tak tipu. Dan aku sebagai menantu mithali, haha, aku layankan aje cerita dia. Mak mertua aku cerita la yang menu dia memang special, orang lain buat pun belum tentu sama dengan apa yang dia buat. Siap dengan mimik muka. Blablabla. Apa yang aku pikir time tu, aku cuma rasa kasihan je la kat mak mertua aku ni. Kalau dia nak hangin dengan aku hanya sebab aku masak lagi sedap, aku rasa sedih je la. Sebab ini lah perangai melayu. Hasad dengki 7 keturunan takkan tamat. Dan aku terima cara pemikiran dia macam tu. Apa boleh buat. Aku hanya menantu. Aku bukan Siti situ sana sini…

Lepas balik kenduri kahwin, rendang ayam tu masih beku je dalam peti ais. Aku tanya kenapa tak keluarkan. Aku bagitahu makcik aku pasal rendang ayam tu. Mak mertua aku cakap lauk dah banyak. Makcik aku tak tau pape, dia iyakan je la. Aku macam ok fine. Pelik pun ada. Sebab setahu aku mak mertua dan makcik aku ni jenis yang kalau orang datang, semua makanan diaorang keluarkan. Ye la, tetamu datang kan. Bagi je la makan apa yang ada. Aku pun jenis macam tu. Bila ada orang nak datang, rasa macam nak masak macam2. Huhu. Bila mak pak aku datang, aku tanya lagi, baru mak mertua aku kasi panaskan. So aku pun panaskan. Bagi mak pak dan adik- adik aku makan. Itu pun ramai sedara dah balik, makcik dari kampong pun dah balik. Tak dapat bagi makcik rasa. Sebab jujur lah..kalau diberi pilihan, aku nak makcik sebagai mak mertua aku. Sebab makcik bukan jenis berkira, lepas tu makcik yang jaga aku dalam pantang masa kat kampung. Dia jaga aku dengan baik sekali macam anak dia sendiri. Makcik plak tak membebel macam mak mertua aku. Memang jauh beza adik dan kakak ni. Huhuhu..

Korang mesti hairan kenapa aku sendiri tak panaskan rendang ayam tu dan hidangkan sendiri. Aku tak tau nak cakap macam mana, sebab aku ni jenis pape berkaitan kenduri camni, aku akan tanya mak mertua aku dulu. Sebab aku nak tengok reaksi dia dan aku hormat dia sebagai orang yang lebih tahu pasal dapur dan masakan. Memang takde niat langsung nak sailang dia. Bila banyak kali remind pasal rendang ayam tu, dan aku tengok dia berdolak dalik, aku faham la. Dia memang taknak hidangkan, dengan makcik pun dia tak bagitahu yang rendang ayam tu ada. Kesian kat rendang ayam tu. Haha

So kesimpulannya, dari rentetan peristiwa yang berlaku, aku dah tau la kenapa orang tua tu buat perangai plak tetiba bila aku cakap aku nak masak rendang ayam hari jumaat tu. Haishh. Aku ni jenis tak amik pusing sebenarnya. Tapi aku pikir..kenapa mak mertua aku tu nak pikir lebih. Dah sedap makan je la. Tak sedap tak yah makan. Dah dia tak pernah puji apa aku masak, orang lain puji dia panas plak. Pelik betul la. Ini la ragam orang. Tak masak, kompang satu kampung kata aku tak pernah dan tak reti masak. Bila aku masak, sedap plak tu, tak puashati. Haishh. Kelakar ada, bengang ada, kesian ada…tragicomic betul.

Aku minta maaf la kalau korang rasa aku overthinking ke atau aku sentap ke. Aku pun tak tau aku kategori mana satu sebab yang aku pikir sekarang, apsal mak mertua aku pelik macam tu. Ke memang semua mertua pelik2? Haha. Adios!

– Noor

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

0 Response to "Rendang Ayam Mak Mertua"

Post a Comment