Assalamualaikum and Salam Jumaat
Sebab kan ni confession and aku memang simpan rapat cerita ni, takde siapa tau, tapi jiwa aku sakit, so aku nak confess!
Mak aku dah mati, kanser! Dia kena kanser lebih kurang setahun lebih, then mati. Doktor kata kanser dia aktif SANGAT SANGAT. Even dia pergi semua treatment kimo sampai la ke apa eh alamak aku lupa yang last tu lah.
Tapi aktif done semua treatment, dia kena kanser stage 4. Tak lama meninggal.
Aktif kanser tu kata orang salah satunya disebabkan takde support family.
Aku setuju! Sepanjang mak aku kanser dia jaga diri sendiri kat rumah except for chemo and stuffs lah kiteorang bawak, takpon ayah aku bawak.
Masa tu kiteorang semua tengah study- aku buat Master, adik aku no 2 & 3 degree, no 4 diploma, no 5 form 3 dok hostel.
Ayah aku sibuk dia bisnes sendiri. Mak aku ni cikgu, so sebelum ni life dia memang aktif. Pagi sekolah, balik kejap pegi koko, balik petang pegi kelas agama, malam dia ajar tusyen. So tetiba dia perlu terlantar and berehat, memang nampak lah dia stress.
Oh awalnya dia tak terlantar sampai la ke stage 4. Cuma dia tak leh drive sangat sebab kadang kadang sesak nafas apa semua tu.
Yang buat aku menyesal, mak aku masa ni sensitif. Penah sekali aku balik cuti, magrib tu aku keluar solat jemaah kat masjid ada ceramah plak aku stay sampai Isyak. Balik balik dia mengamok tapi bukan mengamok garang, dia main psikologi laa sedih sedih camtu. Aku tak layan, siap cakap takyah ikut la perasaan tu, Allah tuu tau la apelah. Pendek kata memang tak layan.
Hal kedua pulak, masa dia sakit aku baru bertunang. So setahun ikat before kahwin ni within her rest time tadi lah. Dia kan bosan dok rumah je, kejap kejap suruh plan itu lah, ini lah untuk kenduri. Masa tu aku bertunang suka suka jee, tak pikir nak kahwin lagi. So banyak kali dia tanya aku malas jawap, penah jugak aku ignore phone call dia- menyesal weh sekarang takdee sapa nak call aku dah! Hamekau!
Aku cukup laa benci masa tu personality mak aku. Dia clingy tau. Sikit sikit call tanya itu ini. Aku masa ni part time keja and study just imagine laa gila tight life aku. Tapi tu laaa kalau aku tahu she needs me so badly, boleh jee aku takyah keja. Sponsor aku more than enough untuk hidup :(
And this one paling aku takleh lupaa. Ada sekali tu aku nak bawak tunang aku balik rumah, masa ni nak dekat dekat kahwin dah la maybe sebulan sebelum kot, so aku cakap kat dia. Darah remaja gatal nak mampos tak pikir hal jiran lah, hal ikhtilat laa, hal adab ke apa. Aku pikir nak bawak jee.
Mak aku punya laa risau hal hal semua tuu sampai dia nak upah orang tolong temankan kiteorang- oh maksudnya dari KL- Negeri P. End up mak tunang aku nak ikut (aku masih rasa mak aku yang suruh dia ikut, tapi tak sempat tanya). Masa darah meluap lupa part dia tak bagi weols balik berdua tu, macam macam lah dalam hati aku. Teruk betul masa ni. Ada jugak aku tersebut “pergi M&@P#%” dalam hati. – and sekarang dah pegi, nganga lah aku ingat kenangan ni dalam tangisan.
Mak aku meninggal sekejap je lepas aku kahwin. Masa aku kahwin pon dia nazak dah. Wish dia nak tengok aku kahwin.
Mak aku sayang aku sangat sangat. Dalam diary dia banyak dia puji aku. Harta pon banyak dia tinggal kat aku. Aku sorang je kan pompuan, tho tak sebulu tapi sayang tetap sayang. Mak kan…
Adik adik yang belum kahwin, trust me your husband takkan boleh sayang kita sama macam mak kita. Takkan sama. Kalau mak kita, sebut kena pisau dia punya risau macam apaaa, husband kita “oh kena pisau kee? Boleh masak lagi tak tu?” -ergh! Ke husband aku je ek? Tapi pokoknya takkan sama.
Kalau kau rasa mak kau annoying risau itu ini, sekarang aku dah jadi mak. Baru aku paham kenapa. Just imagine dia pandang kita dari helpless ke hero, sebab tuu lah dia dok rasa kita perlu dibimbing sentiasa.
Sekarang keluarga aku tak complete dah, dah takde mak. Lain rasa dia. Aku pulak sorang perempuan, nak luah rindu ke mak aku tak boleh luah ke adik adik sebab dorang lagi simpan rindu yang dalam (dorang bujang lagi, mesti lebih sunyi) so aku luahkan dalam sujud, dalam doa, dalam tangis.
And for those caregiver to cancer survivor, be strong and tolong kuat and be more sensitive. Masa mak aku terlantar aku tengah busy praktikal, boleh pulak aku buat buat sibuk bawak segala kerja ke hospital sampai bersalah mak aku rasa (baca dalam diary dia) tapi aku memang sibuk. Dia doakan aku tu, even keja aku asal boleh, markah aku paling tinggi dalam jabatan :)
Aku jugak dah hilang doa seorang ibu. Macam nak mati aku habiskan writing thesis sebab aku bukanlah budak pandai, cuma selalu ada luck. Ni aku yakin sebab doa si ibu. Then she’s gone aku merangkak rangkak hidup susah, takdee doa si ibu.
Oh banyaknya. Tu laa asal Jumaat jee hati aku ni sedih pilu. So yang ada mak HARGAI. Jangan jadi cam aku ekk.
Byee, thanks kalau disiarkan.
Ops jangan cakap aku jahat kee apa, ada laa moment aku jaga mak aku sampai end of her life aku jaga. Ni aku cerita part part yang aku jahat. I love her, so much. Miss her….
Alfatihah
– Mrs A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 Response to "Sesal Yang Tidak Berakhir"
Post a Comment