Guru Muda Lambat Pencen

Guru Muda Lambat Pencen

Assalamualaikum pembaca tegar IIUM. Aku baru je lepas baca luahan kakak yang kesal dengan Guru Tua Nak Pencen tu. Tulisan aku mungkin panjang, nak baca silakan. Nak bagi pendapat juga boleh sebab tulisan aku berdasarkan pengalaman aku.

First sekali, lepas je baca aku rasa sangat sangat terkilan dengan luahan dia. Kalaulah, kalaulah dia boleh tengok adik dia macam mana dalam kelas, mesti adik dia dah dapat A untuk semua subjek. Yelah, kalau dia ada dalam kelas tu, cikgu tu barulah nak ajar elok elok. Ye dak. *sarcasm jap*

Second, aku taknak ulas pasal cikgu tu sebab aku tak tau situasi cikgu tu macam mana. Tapi pendapat aku, dia dah cuba sehabis baik untuk memberikan ilmu. Aku cuma nak cerita situasi aku yang hampir sama dengan adik dia cuma berlainan sikit. Tapi aku ingatkan, jangan sebab nila setitik, korang cakap semua cikgu sama. Macam ; lelaki semua sama, playboya atau perempuan semua sama, materialistik.

Aku ni baru tak baru sangatlah jadi cikgu. Ajar subjek bahasa. Ajar pulak tahun satu. Aku yakin, ada yang cakap, alaaaaah tahun satu je, kau nak kecoh. Bukannya nak ambil UPSR. Setakat belajar abc je. *aku senyum sinis je dgn org mcm ni*

Tahun ni tahun aku rasa paling stress. Setiap tahun aku ajar kelas hujung sekali, jadi tahun ni pun sama. Anakanak aku pulak boleh dikatakan ada 90% mereka ada masalah keluarga.

Kau tahu, daripada bulan satu sampai sekarang aku masih lagi ajar huruf dan mengeja perkataan mudah. Malah, ada lagi yang tak boleh ingat 26 huruf tu. Bayangkan, aku sebut lima huruf (aku ajar untuk hari tu) dan ulang bersama dengan anakanak aku beberapa kali, kemudian aku tanya balik, satu bunyi tak keluar daripada mulut. Bukan sehari dua, enam bulan. Kalau kau jadi aku, apa kau rasa?

Aku rasa akulah cikgu paling gagal, teruk, tak reti ajar sebab huruf yang 26 tu anakanak aku tak boleh ingat. Setiap hari aku fikir macam mana aku nak bagi anakanak aku ni ingat huruf. Jangan cakap aku tak buat apa-apa sebab pelbagai usaha dah aku cuba. Give up? Kesal? Setiap hari, semua perasaan tu yang aku rasa. Tapi, bila aku pandang balik anakanak aku, aku tak sampai hati. Niat aku cuma satu, nak anakanak aku kenal huruf dan boleh baca.

Cuma aku tak faham dengan segelintir ibubapa sekarang, tak tanya ke hari ni belajar apa kat sekolah. Tak tanya ke hari ada kerja sekolah ke tidak. Kalau tanya, sekadar tanya je ke, tak semak ke buku anak. Tak tengok anak buat kerja ke. Tak pantau ke anak dah sampai tahap mana. Kalau ikutkan banyak masa anak dengan ibubapa kat rumah berbanding cikgu yang jumpa beberapa kali seminggu.

Aku setiap kali nak bagi kerja rumah, aku akan fikir semula. Sebab aku serik, dapat buku yang kerja tak pernah siap. Bila tanya kenapa tak siap, tengok tv, main. Bila tanya kenapa tidur lewat (jam 1 pg br tidur), sibuk main gadjet. Allah. Terkilan betul aku.

Aku tanya sebab aku terkilan, ibubapa seolah ambil ringan bila anak tak boleh ingat huruf lagi. Orang akan cakap, alaaah baru tahun satu. Alaahh huruf je pun. Alahh tu, alaah ini. Alahai sangat pemikiran tu. Sekarang ni, silibus tahun satu sangat sangat susah. Aku yang tengok buku teks masa bulan januari hari tu pun terkejut. Terus aku terkenangkan anakanak aku.

Jadi, ada kemungkinan tak yang konon-cikgu-tua-nak-pencen tu macam aku. Ajar sampai nak keluar anak tekak hari hari, ulang benda yang sama setiap hari tapi akhirnya cikgu yang salah. Kenapa cikgu give up kau tanya, tapi kau tengok tak pelajaran adik kau daripada bulan satu sampai enam? Ada tak tanya dia apa yang dia tak faham Kenapa dia jadi macam tu.

Sekian bebelan daripada aku, cikgu yang lambat lagi nak pencen.

– Imtryingmybest

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

0 Response to "Guru Muda Lambat Pencen"

Post a Comment